Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?
Dunia
saddilramdanii
Advertisements

Legenda pasukan kebangsaan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto, menasihati Saddil Ramdani supaya segera meninggalkan ASEAN dan melangkah ke peringkat yang lebih tinggi seperti di Eropah. 

Kurniawan mengakui bahawa Saddil mempunyai nilai tersendiri yang membolehkan beliau mencari cabaran baharu. Saddil juga layak untuk bersaingan dalam perlawanan yang tahapnya lebih baik daripada ASEAN. 

Difahamkan Kurniawan kini merupakan penolong jurulatih Como 1907 yang beraksi di divisyen ketiga Liga Itali. Kemungkinan daripada situ senang untuk beliau membawa masuk Saddil ke kelab itu kelak. 

Advertisements

“Tidak menjemput kerana peraturan juga tidak mengizinkan. Hanya mencadangkan untuk bermain di negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih tinggi daripada ASEAN, contohnya di Korea, Jepun, atau Eropah,” kata Kurniawan kepada Cnnindonesia.

Dalam rekod, pemain dari Raha, Sulawesi Tenggara dengan Sabah FC itu akan tamat pada penghujung November 2022.

Menurut laporan, terdapat beberapa kelab dari Eropah dan Asia berminat menggunakan khidmat pemain sayap pasukan kebangsaan Indonesia itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram