“Safawi Dan Akhyar Perlu Buktikan Atas Padang” – Tomislav Steinbruckner
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap duo pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke Terengganu iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dapat membuktikan kemampuan masing-masing.

Walaupun hadir ke Terengganu dengan status pinjaman, ianya bukanlah tiket khas buat kedua-dua pemain ini untuk berada di dalam kesebelasan utama.

Safawi dan Akhyar perlu bersaing dengan pemain-pemain lain yang turut memburu slot kesebelasan utama dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi.

Advertisements

“Saya mengharap banyak daripada mereka, mereka bagaimanapun perlu membuktikan kemampuan di atas padang.

“Mereka berdepan kurang minit permainan musim lalu, saya berharap mereka akan memberikan yang terbaik dan membuktikan mampu untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Safawi seorang pemain yang bijak, dia tahu apa yang saya mahukan dan dia perlu membuktikan dirinya berhak dalam kesebelasan utama,” jelas Steinbruckner seperti yang dilaporkan Stadium Astro.

Advertisements

Selain Safawi dan Akhyar, posisi sayap Terengganu juga dibarisi pemain-pemain lain yang tidak kurang hebatnya seperti Syafik Ismail, Nor Hakim Hassan, Faiz Nasir dan pemain muda lincah, Muslihudin Atiq.

Pada musim baharu, Safawi dan Akhyar dipinjamkan dari JDT ke Terengganu bersama seorang lagi pemain iaitu pemain baharu JDT, Azam Azmi Murad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram