Advertising
Safawi Rasid Anggap Gol vs Selangor Jaringan Terbaik
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid menyifatkan jaringannya semasa menentang Selangor FC sebagai antara yang terbaik.

Sejak menyertai Terengganu FC secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2024/25, pemain sayap berusia 27 tahun itu kembali menemui prestasi terbaik di atas padang.

Ad

Ini terbukti apabila Safawi meledakkan 13 gol dan mencipta tiga bantuan gol dalam 27 penampilan bersama Peteh setakat ini.

Ad

Apabila ditanya tentang gol terbaiknya dalam musim 2024/25, bekas pemain sayap Ratchaburi itu memilih gol menentang Selangor ketika aksi separuh akhir Piala FA 2024.

“(Gol lawan) Selangor. Gol sepakan percuma dari belah kanan, melepasi barisan pertahanan. Gol terbaik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Safawi turut mendedahkan gol tersebut merupakan sebahagian daripada tiga gol yang dijaringkan menerusi sepakan percuma.

Ad

“Musim ini, saya rasa tiga gol (secara) sepakan percuma. Alhamdulillah, bolehlah. Rezeki,” tambahnya.

Ad

Bisa Safawi dijangka ditagih jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali untuk aksi terakhir Kumpulan A Shopee Cup menentang BG Pathum United pada 5 Februari ini.

Aksi menentang The Rabbits dilihat penentu buat kedua-dua pasukan untuk memburu slot separuh akhir Shopee Cup.