Safawi Rasid Anggap Pendedahan Liga Luar Mampu Naikkan Tahap Bola Sepak Malaysia
Malaysia
Ratchaburi FC
Advertisements

Beberapa tahun kebelakangan ini, taraf bola sepak Malaysia semakin baik tetapi masih ketinggalan di belakang pasukan gergasi seperti Jepun dan Korea Selatan. Bagi penyerang negara, Safawi Rasid, jurang tersebut boleh dirapatkan dengan pemain-pemain negara menerima pendedahan dari liga luar.

Antara pemain-pemain ASEAN yang beraksi di liga luar dari rantau ASEAN ialah Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale), Nguyen Quang Hai (Pau FC) dan Asnawi Mangkualam (Jeonnam Dragons).

Malah, pemain-pemain Malaysia juga sudah mula mengorak langkah beraksi di liga luar. Antara pemain yang berbuat demikian ialah R. Kogileswaran (Chungbuk Cheongju) dan Luqman Hakim (Njarðvík).

Advertisements

“Bagi saya, pertamanya, sesebuah negara itu perlu mempunyai kemudahan yang baik dari stadium hinggalah pusat latihan jika mahu menyaingi negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.

“Chanathip (Songkrasin) merupakan salah seorang pemain terbaik di rantau ASEAN. Dia dapat bermain di Jepun kerana dia seorang pemain berkualiti tinggi.

“Disebabkan dia kerap bermain di sana, ia membantu meningkatkan kualiti permainannya. Selepas beberapa tahun di Jepun, tahap permainan Chanathip berbeza jika dibandingkan dengan tempohnya bersama Muangthong United.

Advertisements

“Jadi, bagi saya, kalau Malaysia, Vietnam dan Thailand mahu capai tahap sama seperti Jepun dan Korea Selatan, kemudahan bola sepak perlu menjadi lebih bagus.

“Pada masa sama, disiplin dan kerja keras mampu bantu pemain untuk capai tahap sama,” katanya dalam temubual bersama portal Main Stand.

Safawi turut merasakan pembangunan akar umbi sebagai komponen penting untuk melonjakkan bola sepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Ini kerana pemain-pemain muda boleh saja membantu merapatkan jurang mutu Harimau Malaya dengan pasukan-pasukan Asia lain.

Advertisements

“Kita perlu jaga dan latih pemain-pemain muda bagi memastikan lebih ramai pemain membarisi skuad kebangsaan untuk jangka masa panjang,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram