Safawi Rasid & Dion Cools Tersenarai Sebagai Pemain ‘Bintang’ Di Thailand
MakanBola
Buriram United/Johor Southern Tigers

Penyokong Harimau Malaya bangga apabila Thai League 1 menyenaraikan Safawi Rasid dan Dion Cools dalam Barisan Bintang ASEAN liga berkenaan.

Akaun Twitter Harimau Abroad berkongsikan imej bintang-bintang ASEAN yang beraksi dalam liga itu pada musim lepas.

Ad

Selain duo tonggak utama skuad senior Malaysia itu, Irfan dan Ikhsan Fandi (Singapura) serta Faiq Bolkiah turut tersenarai dalam barisan bintang ASEAN tersebut.

Ad

Cools menjadi tonggak utama Buriram United yang meraih pencapaian treble pada musim lepas. Sementara Safawi pula memperaga bakat teknikalnya bila beroperasi sebagai pemain sayap Ratchaburi.

Walaupun bekas pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA) FC itu sudah kembali bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, bakat Safawi sentiasa diingati ramai penyokong di Thailand.

Ad

Nama Cools dijangka menjadi tumpuan lebih-lebih lagi dengan Buriram pasti mahu mempertahankan pencapaian treble yang diraih musim lepas. Musim baru Thai League 1 dijangka bermula pada 11 Ogos ini.

Ad