Safawi Rasid Yang ‘Hilang’ Kembali Rancak Jaringkan Gol
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kembali dalam kelasnya yang tersendiri apabila sentuhan penyudahnya kini kembali berbisa.

Anak jati kelahiran Terengganu ini berada pada prestasi yang tidak menentu setelah ditimpa kecederaan pada awal musim lalu.

Kecederaan tersebut nyata membuatkan pemain berusia 25 tahun ini sedikit terganggu untuk mendapatkan rentak terbaiknya sekaligus menyebabkan posisinya diambil oleh pemain muda berbakat, Arif Aiman.

Advertisements

Sungguhpun kembali beraksi dengan lebih kerap pada penghujung saingan Liga Super musim lalu, Safawi masih tercari-cari sentuhan penyudahnya.

Walaupun masih dalam proses menyesuaikan diri semula, beliau diberi kepercayaan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk membawa cabaran negara dalam saingan Piala AFF yang menyaksikan beliau muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Setelah itu, bekas pemain muda T-Team ini kembali menjadi taruhan Benjamin Mora di bahagian kanan pasukan JDT sungguhpun sering masuk sebagai pemain gantian.

Advertisements

Pada musim ini, Safawi telah menjaringkan satu gol ketika menentang Sarawak United sebelum meneruskan kecemerlangannya dalam saingan Piala FA apabila mencetak 1 gol dan 2 bantuan gol ketika membelasah BRM FC dengan keputusan 10-0.

Kini, bekas pemain paling bernilai (MVP) negara ini sudah pasti mahu terus konsisten setelah beliau berjaya merebut tempat dalam senarai 30 orang pemain oleh Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram