Safawi Rasid Kini Ada Pesaing Sengit
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Ketika ini, ramai melihat gol Safawi Rasid semasa Malaysia menentang Kepulauan Solomon sebagai calon Anugerah Puskas FIFA. Tetapi beberapa hari lepas, pemain Young Lions, Ryu Hardy Yussri menghasilkan gol cantik yang mampu menyaingi gol Safawi untuk anugerah gol tercantik berkenaan.

Dalam perlawanan Singapore Premier League (SPL) membabitkan Young Lions dan Albirex Niigata Singapore itu, Young Lions ketinggalan 3-0 di Stadium Jalan Besar. Tatkala Albirex kelihatan selesa di hadapan, Ryu mencipta kejutan yang tak disangka-sangka.

Cubaan pertahanan pelawat mengeluarkan bola hanya sampai di kaki pemain muda Singapura itu. Ryu mengawal bola sebelum melepaskan rembatan jarak jauh yang kencang dari luar kotak penalti tepat menuju ke penjuru atas gawang Albirex pada minit ke-63.

Advertisements

Begitupun, gol tersebut gagal menjadi pencetus kebangkitan anak-anak buah Philippe Aw. Pada akhirnya, Young Lions kecundang 4-2 kepada The Swans.

Tetapi gol tersebut sudah mendapat pujian ramai. SNE Sports menyifatkan gol tersebut sebagai menakjubkan dan hebat.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sudah meneliti rakaman gol berkenaan untuk dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA atau tidak. Yang pasti, gol tersebut sememangnya mengagumkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram