Safawi Rasid Yakin Kemenangan Jadi Motivasi Terbaik Berdepan Kawasaki Frontale
Dunia
officialjohor
Advertisements

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyatakan bahawa beliau yakin dengan kemenangan ke atas Ulsan yang lepas, menjadi satu motivasi terbaik berdepan pasukan Kawasaki Frontale malam esok.

Bagaiamanapun, pemain yang berusia 25 tahun itu menjelaskan kemenangan ini tidak harus menjadi ukuran sebaliknya beliau berkata dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Bukan itu sahaja, beliau juga menegaskan kalah atau menang itu adat permainan, semuanya atas rezeki masing-masing kerana pasukan semestinya akan memberikan yang terbaik untuk mencapai kemenangan.

Advertisements

“Perlawanan malam ini beri satu suntikan semangat dan moral buat pasukan untuk perlawanan seterusnya kerana pada perlawanan ketiga nanti akan akan berdepan lawan yang lebih sukar.”

“Jadi untuk perlawanan malam ini kita dapat lebih keyakinan untuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Safawi turut berhasrat untuk membawa dirinya dan JDT ke peringkat yang lebih baik dalam saingan ACL musim ini.

Advertisements

JDT kini masih tidak tewas dalam dua perlawanan awal sebelum menanti cabaran yang bakal dibawa oleh Kawasaki Frontale esok, Khamis 21 April 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram