Safawi Semakin Disayangi Di Thailand
Dunia
Ratchaburi FC
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini dipinjamkan ke Ratchaburi Mitr Phol, Safawi Rasid semakin mendapat perhatian di Thailand. Kemampuan Safawi beraksi dengan baik untuk Ratchaburi dipuji penyokong kelab tersebut.

Safawi yang juga kapten Harimau Malaya baru-baru ini berjaya membantu Ratchaburi mara ke suku akhir Piala Liga Thailand selepas membenam cabaran Nongbua Pitchaya melalui penentuan sepakan penalti. Dalam perlawanan tersebut, Safawi berada di dalam kesebalasan utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-85.

Satu akaun twitter penyokong Ratchaburi, TheDragonianFC memberi gambaran aksi sebenar Safawi di Thailand. Mereka merasakan Safawi beraksi dengan sangat baik bersama Ratchaburi dengan kerap kali mencipta peluang buat pasukan itu menjaringkan gol.

Advertisements

Dengan melihat aksi Safawi yang semakin cemerlang bersama Ratchaburi, para penyokong kelab itu mengakui mula timbul rasa sayang ke atas Safawi.

“Kepada peminat bola sepak Malaysia, Safawi bermain dengan baik hari ini (menentang Nongbua). Dia banyak menghasilkan peluang untuk pasukan. Dia berlari dengan banyak sekali sehingga kehabisan tenaga. Kami sayang dia,” luah akaun twitter tersebut.

Ciapan twitter itu turut mendapat perhatian penyokong Ratchaburi yang lain yang mengakui kemampuan Safawi dalam perlawanan tersebut serta menganggap kehadiran Safawi ke kelab itu ternyata sesuatu yang sangat berbaloi.

Advertisements

Untuk rekod, Safawi sudah diturunkan dalam dua perlawanan untuk Ratchaburi dan mengumpul 129 minit perlawanan. Selain Safawi, seorang lagi pemain JDT turut dipinjamkan ke Ratchaburi iaitu Moussa Sidibe yang turut cemerlang dan sudah beraksi penuh dalam dua penampilan awalnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram