Ads
Harimau Malaya
FIFA World Cup

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali telah mengulas isu boikot dengan menganggap peminat akan melupakannya selepas Harimau Malaya meraih kejayaan.

Advertisements

Baru-baru ini, tular satu kenyataan oleh Ultras Malaya yang memboikot Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

““Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!” petikan daripada Facebook Ultras Malaya.

Advertisements

Advertisements

Perkara ini dibuktikan apabila aksi separuh akhir yang berlangsung semalam apabila tiada kelibat Ultras Malaya untuk mengetuai sorakan buat pasukan kebangsaan.

Safee tampil berkongsikan pengalamannya beraksi di Pestabola Merdeka 2007 tatkala skuad negara muncul juara kejohanan tersebut.

Advertisements

“Kami menjadi juara selepas pihak FAM memutuskan untuk menghantar skuad B-23 untuk kejohanan ini.

“Keputusan menghantar skuad lebih muda adalah atas kekalahan yg memalukan dalam kejohanan Piala Asia dan kita adalah wakil tuan rumah bersama ketika itu.

Beliau memberitahu bahawa serangan boikot itu berlaku pada awalnya namun semakin kendur tatkala pasukan berjaya melangkah ke final.

“Pada mulanya kejohanan ini menjadi serangan ‘boikot’ dari semua peminat bola sepak tempatan. Akan tetapi, kemenangan demi kemenangan yg ditunjukkan sehinggalah kami melangkah ke final.

“Di situ bermulalah kembali aura peminat datang semula ke stadium pada ketika itu. Stadium penuh semasa final dan kita menjadi juara,” jelasnya.

Tambah Safee, emosi peminat yang turun naik menyebabkan perkara sebegini berlaku ketika ini.

“Emosi peminat bola sepak ni memang ada naik turun. Semasa ada masalah “boikot” tapi bila dah menang, buat lupa pasal boikot.

Advertisements

“Pemain pula, hanya memikul tanggungjawab mewakili negara dan persembahkan permainan yang terbaik untuk mencapai kemenangan,” jelasnya dalam satu hantaran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram