Advertisements
Safee Sali Kesan Perbezaan Jorge Obregon & Bergson
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berjaya mengesan perbezaan di antara dua penyerang merbahaya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jorge Obregon dan Bergson da Silva.

Safee berkata sedemikian selepas melihat Bergson seakan-akan seperti sedang menangis usai tamat perlawanan JDT bertemu Ulsan HD dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa.

Bagi Safee, beliau memahami apa yang Bergson rasa namun percaya dengan taktikal berbeza yang mahu ditampilkan pengendali JDT, Hector Bidoglio untuk bertemu Ulsan.

“Saya tak salahkan sesiapa. Bergantung kepada percaturan taktikal permainan JDT dalam peringkat ACLE. Kita nampak sangat ketara, Obregon punya corak permainan lain, Bergson pula lain.

“Yang lebih efektif bagi saya ialah Obregon untuk berada di kesebelasan utama sebab dia dapat memegang bola dan sangat kuat di hadapan. Itu dapat menarik pemain tengah dan pertahanan JDT untuk menyokong bahagian serangan,” jelas Safee Sali kepada Astro Arena.

Bergson mencuri tumpuan ramai dalam aksi bertemu Ulsan apabila menjaringkan gol menarik pada penghujung permainan untuk menoktahkan kemenangan 3-0 buat JDT.

Bergson memulakan permainan di bangku simpanan sebelum dibawa masuk untuk menggantikan Obregon pada minit ke-53 perlawanan.

JDT kini menghuni tangga keempat Kumpulan A ACLE dengan mengumpul 7 mata selepas mengharungi 4 perlawanan setakat ini manakala Ulsan HD kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.