Safee Sali Minta Arif Aiman & Faisal Halim Lebih Berhati-Hati
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali menitipkan pesan yang begitu bermakna buat dua pemain bintang negara, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

Bekas bintang JDT itu memberi panduan berguna kepada dua bakat muda negara dalam merancang perjalanan bola sepak mereka.

Katanya, dua pemain ini perlu lebih berhati-hati dan membuat percaturan yang tepat dalam menentukan hala tuju mereka.

Advertisements

Hal ini susulan prestasi memberangsangkan Arif dan Faisla bersama kelab masing-masing dan juga ketika mewakili Harimau Malaya.

Safee merasakan keputusan untuk berhijrah ke luar negara perlu diteliti sebaik mungkin.

“Bagi saya jika mahu beraksi di luar, mereka perlu lebih berhati-hati. Mereka di sini bermain dalam kesebelasan utama pasukan dan pada saya, minit permainan amat penting.”

Advertisements

“Kalau dapat tawaran beraksi di luar negara sekalipun tetapi duduk di bangku simpanan, lebih baik mereka kekal di sini,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Beliau juga berharap agar kudrat dua bintang sensasi ini dapat terus membantu Malaysia yang kini dalam persiapan menuju ke Piala Asia di Qatar.

Sebagai rekod, Faisal kini sudah menjaringkan 8 gol dan 8 bantuan gol sepanjang musim sungguhpun berdepan penggantungan manakala Arif menjaringkan 6 gol dan merekodkan 10 bantuan gol setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram