Safee Sali: Pemain Buat Aduan, Kelab Kenakan Hukuman
Liga Super
SS10_Official
Advertisements

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali mengingatkan para pemain agar tidak takut untuk membuat aduan bagi mempertahankan hak mereka sebagai seorang pemain profesional.

Menerusi satu penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Safee melihat budaya menghukum pemain yang mempertahankan hak mereka adalah tidak sihat.

Menurutnya, terdapat beberapa pemain yang tampil membuay aduan kepada PFAM untuk menuntut hak yang sewajarnya daripada kelab namun risau akan dikenakan hukuman.

Advertisements

“Ya aduan itu ada tapi saya tidak mahu sebutkan pasukan mana. Memang polisi kita pun siapa yang membuat aduan kita tidak akan dedahkan.”

“Nampaknya ada beberapa pasukan yang menghukum pemain kerana membuat aduan. Saya rasa itu tidak betul, pemain bua aduan untuk selesaikan masalah bukan untuk menghukum pasukan.”

Safee turut memahami denyut nadi para pemain yakin bahawa mereka sentiasa mencari jalan terbaik buat kedua-dua pasukan.

Advertisements

Beliau juga mahu melakukan yang terbaik buat bola sepak Malaysia dan turut membela nasib para pemain.

“Pemain tidak perlu takut untuk melakukan aduan kepada PFAM kerana kami tidak akan mendedahkannya,” ujarnya kepada Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram