Saham bintang Perak FC pernah mencecah sehingga RM22 Juta.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa The Rhinos, Clayton Da Silva yang kini menjadi tunjang utama pasukan.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai skuad kendalian Yusri Che Lah bagi musim 2024/25 dan sudah melakukan 6 penampilan.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, bekas pemain Vasco Da Gama di Brazil itu memiliki nilai pasaran sekitar 300,000 USD (RM1.3 Juta) bagi musim ini.
Nilai ini bagaimanapun berkurang daripada beberapa tahun sebelumnya dengan saham Clayton pernah mencecah 5 Juta USD (RM22.3 Juta) ketika beraksi bersama Figueirense pada tahun 2015.
Beliau juga merupakan bekas pemain Brazil B-23 dan pernah melakukan beberapa penampilan bersama skuad Samba.
Perak memiliki beberapa pemain import lain namun masih bergelut untuk mencari rentak sebenar dalam saingan Liga Super 2024/25.
Pasukan utara kini menghuni tangga ke-9 selepas 7 perlawanan dengan hanya 6 mata ketika ini.
Perak akan melayan kunjungan JDT bagi aksi seterusnya pada 17 Ogos 2024 jam 9 malam.