Saigon FC Hantar Pemain Ke Liga J2 & J3
Dunia
Tran Hoa Binh/Saigon FC
Advertisements

Pembangunan akar umbi terus menjadi keutamaan kelab-kelab Liga Vietnam terutama dengan menghantar mereka beraksi di luar negara. Mereka berharap dengan pendedahan beraksi di liga asing, ia dapat memantapkan kemahiran bola sepak dan mematangkan mentaliti mereka sebagai pemain.

Antara kelab yang berbuat demikian ialah Saigon FC. Dua pemain berusia 22 tahun iaitu Pham Van Luan dan Vu Hoang Quan dihantar beraksi bersama FC Ryukyu di Liga J2. Nama FC Ryukyu bukan asing bagi peminat Malaysia kerana pernah menjadi kelab pinjaman dua bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim.

Sementara Nguyen Van Son dan Bui Ngoc Long, 20, dihantar beraksi bersama FC Azul Claro Numazu di Liga J3. Dengan penyertaan Luan dan Quan dalam FC Ryukyu, ini menjadikan mereka pemain import Asia Tenggara baru kelab berkenaan. Sebelum itu, kelab telah meminjam Sittichok Paso dari kelab Liga Thailand, Chonburi selama semusim.

Advertisements

Presiden Saigon FC, Tran Hoa Binh telah menyatakan minat untuk menghantar pemain-pemainnya ke Jepun untuk menimba pengalaman dalam satu temubual pada 2021. Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19. Hoa Binh berharap menerusi inisiatif ini, ia dapat mempergiat pembangunan bola sepak Vietnam dan mengurangkan pergantungan terhadap pemain-pemain import.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram