Saingan Arif Aiman Di Asia, Ali Jasim Dirisik Kelab Besar Itali
Transfer
MakanBola
ACL
Advertisements

Saingan terhebat Arif Aiman di pentas bola sepak Asia, Ali Jasim kini dirisik oleh kelab besar di Itali.

Dua bintang muda meningkat naik di Asia ini sering menjadi sebutan peminat di rantau ini susulan aksi cemerlang dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun lalu.

Advertisements

Malah, kedua-dua watak penting ini terus mempamerkan aksi memukau untuk membantu pasukan kebangsaan masing-masing.

Arif Aiman membantu cabaran hebat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) manakala Ali Jasim memperkuat pasukan negaranya, Al-Quwa.

Advertisements

Menerusi satu laporan oleh laman Iraq Football Podcast, pemain kebangsaan Iraq berusia 20 tahun itu dilaporkan berada dalam radar kelab Serie A, Como FC.

Hal ini susulan aksi konsistennya di atas padang bersama pasukan dan juga negaranya sekaligus memikat kelab besar dari Eropah.

Advertisements

Arif dan Ali Jasim berada dalam kelompok 6 pemain muda terbaik kejohanan pada musim 2023 di ACL.

Advertisements

Baru-baru ini, Ali Jasim telah membantu Iraq untuk menumbangkan Indonesia dalam aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Beliau telah memastikan Iraq memperoleh satu sepakan penalti manakal berjaya menekan penjaga gol Indonesia , Ernando Ari sehingga memaksanya melakukan kesilapan.

Como baru sahaja dipromosikan ke Serie A dan kini dibimbing oleh lagenda Chelsea, Cesc Fabregas.

Advertisements

News Comments Account