Advertisements
Salah Dikatakan Bersalah
Dunia
MakanBola
Liverpool FC

Bekas pertahanan Liverpool, Glen Johnson menyatakan kegagalan pasukan tersebut mengekalkan konsistensi adalah berpunca daripada jentera serangan yang diketuai oleh Mohamad Salah.

Pemain berusia 30 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Merseyside tersebut.

Namun begitu, aksi yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Mesir itu tidak seperti yang diharapkan selepas Liverpool jelas tidak mempamerkan prestasi sebenar.

Keadaan bertambah buruk selepas bekas pememang EPL dan UCL ini tewas kepada pasukan tercorot liga, Nottingham Forest dengan keputusan 1-0.

Johnson menyifatkan bahawa hal ini bukanlah disebabkan oleh taktikal jurulatih pasukan, Jurgen Klopp namun berpunca daripada bintang-bintang pasukan yang tenggelam.

“Formasi tidak menjadi penyebab kamu melepaskan bola begitu mudah. Semua orang tidak bermain dengan baik. Salah dan rakan-rakan tidak mencapai prestasi sebenar tetapi saya percaya mereka akan bangkit.”

“Jika dua atau tiga pemain bintang kelab tidak berada pada tahap sebenar, rakan-rakan lain boleh membantu. Jika keadaan sebaliknya, ia akan mengundang masalah,” jelasnya.

Liverpool kini berada pada tangga ke-8 EPL selepas 13 perlawanan dengan hanya mengumpul 22 mata secara keseluruhannya.