Salam Terakhir Leo Messi Buat Barcelona
Eropah
Photo: ESPN UK
Advertisements

Perpisahan Barcelona dan Leo Messi kini mencapai puncak dan sudah tidak ada sebarang harapan buat kedua-dua pihak.

Seperti yang dimaklumkan wartawan Fabrizio Romano berkenaan status Messi dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Leo Messi dan ayahnya sudahpun berada di Barcelona untuk menandatangani kontrak baharu dan tidak ada sebarang tanda persetujuan ini bakal dibatalkan.

Advertisements

Namun pihak La Liga tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan tidak membenarkan kedua-dua pihak meneruskan kontrak yang dibentangkan sebelum ini berikutan masalah kewangan yang teruk dilanda Barcelona.

Selain masalah kewangan, Barcelona turut mengalami tekanan dari pemain sedia ada dan ejen pemain lain yang menekan kelab untuk tidak mengabaikan sesiapapun hanya kerana ingin mengekalkan Leo Messi.

Kini ada hanya satu kelab yang mampu membawa masuk Leo Messi secara sah iaitu Paris Saint Germain (PSG) dan kedua-dua pihak terus berhubung setelah kegagalan La Liga membenarkan perkara ini diteruskan.

Advertisements

Menurut Fabrizio lagi, PSG telah beberapa kali menghubungi Messi kerana mereka sedar permasalahan yang melanda Barcelona namun Messi dan Barcelona terlalu positif bahawa La Liga akan membenarkan perkara ini diteruskan.

Sebelum ini Messi telahpun menjadi ejen bebas tanpa sebarang kontrak dan untuk menandatangani beliau satu perubahan besar perlu dilakukan Barcelona dengan mengurangkan gaji pemain lain atau menjual beberapa pemain bintang seperti Griezmann.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram