Sam Somerville Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Ketangkasan penjaga gol pasukan Selangor FC, Sam Somerville menjadi detik penting ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan ke atas pasukan KL City FC dengan keputusan 1-0.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu turun dalam kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pleh penjaga gol utama pasukan, Khairulazhan Khalid.

Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh barisan kejurulatihan apabila menampilkan aksi yang cukup cemerlang.

Advertisements

Pada separuh masa pertama, bekas penjaga gol Penang FC ini melakukan beberapa penyelamatan penting untuk menafikan usaha pasukan pelawat meraih gol pembukaan.

Malah, beliau juga bertindak cemerlang untuk menafikan peluang yang dimiliki oleh penyerang pasukan lawan, Jordan Mintah ketika situasi kelam-kabut di hadapan gawang Selangor.

Pada babak kedua, penjaga gol kelahiran Malaysia-England ini melakukan satu penyelamatan penting apabila serangan balas yang direncanakan oleh anak didik. Bojan Hodak sebelum Minta melepaskan satu rembatan.

Advertisements

Beliau sempat menguis bola di sebelah penjuru kanan gawang untuk menafikan peluang KL sekali lagi.

Pada minit-minit terakhir permainan, beliau sempat menangkap kemas sepakan percuma penyerang pinjaman Terengganu itu sebelum dua percubaan minit akhir The City Boys untuk mengesahkan Selangor ke suku akhir Piala FA.

Hal ini sudah pasti menyukarkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya terutamanya pengendali, Kim Pan-gon dalam memilih penjaga gol yang bakal menggalas tugas Harimau Malaya selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram