Ads
Sambutan Luar Jangkaan, Kelantan DN Turunkan Harga Tiket Secara Mendadak
Liga Super
Kelantan Darul Naim FC

Ekoran sambutan memberangsangkan daripada para penyokong, Kelantan DN membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket secara mendadak.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden KDN FC, YB Rozi Mohamed yang memaklumkan bahawa harga tiket akan diturunkan sempena aksi pertama Liga Super di Kota Bharu.

Advertisements

Beliau membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket terbuka di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia pasukan yang hadir ketika aksi menentang Sabah FC.

Advertisements
Advertisements

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih serta mahu penyokong Kelantan Darul Naim FC membanjiri stadium pada pertemuan dengan Sabah FC, saya bersetuju menurunkan harga tiket bagi tempat duduk terbuka,” ujarnya dalam satu kenyataan KDN FC.

Sempena perlawanan pertama di gelanggang sendiri saingan Liga Super 2024/25 menentang Sabah FC pada hari Jumaat, 17 Mei ini, harga tiket bagi tempat duduk terbuka berharga RM15.00 diturunkan kepada RM10.00.

Advertisements

Penurunan harga ini juga merupakan salah satu tanda penghargaan serta rasa terima kasih Presiden dan barisan kepimpinan kelab bola sepak Kelantan Darul Naim (KDNFC) kepada semua penyokong yang mendukung perjuangan Sang Kijang Emas dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini.

Kelantan DN juga berharap agar sokongan dapat terus diberikan kepada pasukan kendalian Park Jae-hong menjelang aksi berikutnya.

Advertisements

“Kelantan Darul Naim FC menjemput dan mengalu-alukan semua peminat serta penyokong bola sepak Kelantan untuk hadir beramai-ramai memenuhkan tempat duduk stadium seterusnya memberi sokongan padu kepada anak buah Park Jaehong pada perlawanan tersebut,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram