“Sampai Masanya Saya Ucapkan Selamat Tinggal” – Akram Mahinan
Transfer
KL City FC
Advertisements

Aksi terakhir Liga Super musim 2023 membabitkan KL City FC dan Sri Pahang FC merupakan aksi terakhir buat Akram Mahinan.

Ini selepas pemain tengah berusia 30 tahun itu mengumumkan tidak lagi bersama The City Boys pada musim hadapan.

Dengan beliau bergelar ejen bebas, sudah ada ura-ura yang mengaitkan Akram dengan pasukan Liga M lain.

Advertisements

Menurut wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, khidmat Akram kini diintai finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC.

Akram mengakui sukar untuk mengucapkan selamat tinggal selepas mengharungi pahit manis bersama KL City selama empat tahun.

Pada masa sama, beliau melihat ini sebagai peluang meneroka babak baru dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Advertisements

“Alhamdulilah, 4 tahun yang terindah bersama pasukan KL (City) FC. Sejujurnya, tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar buat saya dan mungkin juga untuk orang lain. (Kita) mengharungi turun naik, pahit manis sebagai ahli pasukan.

“Tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat kami sebagai satu pasukan untuk terus memberikan yg terbaik. Kita telah mencipta banyak memori bersama yang saya akan simpan dalam hati saya.

“Malangnya, saya fikir inilah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan dan penyokong KL City FC. Terima kasih kepada semua jurulatih dan staf KL City FC. Tidak dilupakan presiden kelab.

Advertisements

“Semua penyokong KL City FC yang sentiasa berada di belakang kami. Sedikit sebanyak anda juga menjadi penyumbang kepada kejayaan ini. Terima kasih Warga Kota. Insya Allah sampai jumpa lagi,” katanya di Instagram semalam.

Susulan itu, ramai pemain dan staf kejurulatihan KL City mengucapkan selamat berjaya kepada Akram di ruang komen.

Antaranya Ryan Lambert, Kamal Azizi, T. Saravanan, Sebastian Avanzini, Azri Ghani dan jurulatih penjaga gol, Guilherme Almeida.

Advertisements

Sepanjang empat tahun bersama The City Boys, Akram membantu pasukan itu layak ke Liga Super pada tahun 2020 dan meraih kejuaraan Piala Malaysia (2021).

Selain itu, beliau turut membantu KL City mara ke final Piala AFC (2022) dan final Piala FA (2023). Musim 2023 menyaksikan Akram merekodkan 21 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram