Panggilan Kecemasan, Samuel Somerville & Azri Ghani Bakal Dipanggil Semula Ke Singapura
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Bekas penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville kini berada dalam radar Cheng Hoe untuk mengisi kekosongan Khairul Azhan Khalid.

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan FAM sedang dalam usaha untuk membuat permohonan pertukaran penjaga gol Khairul Azhan kepada AFF.

Khairul Azhan atau lebih dikenali sebagai Yan sebelum ini didapati positif covid-19 bakal terlepas beberapa aksi di kejohanan AFF Suzuki sekaligus merencatkan sedikit rancangan jurulatih skuad kebangsaan kerana pemain ini juga dianggap tonggak utama Harimau Malaya.

Advertisements

Namun, pasukan negara kini agak tempang dan Tan Cheng Hoe sedang dalam usaha untuk membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Samuel bagi menggantikan Khairul Azhan atau Azri Ghani jika beliau kembali pulih.

Untuk perlawanan seterusnya Harimau Malaya akan berhadapan dengan Laos pada Khamis 6 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram