Negara yang berpangkalan di Selatan Eropah, San Marino mencipta sejarah apabila berjaya meraih kemenangan kedua selepas 20 tahun.
San Marino berjaya menewaskan Liechtenstein dengan keputusan 1-0 dalam peringkat kumpulan D bagi saingan UEFA Nation League.
Kemenangan ini merupakan yang kali pertama dalam sejarah San Marino memenangi bagi aksi kompetitif.
San Marino yang kini berada dikedudukan tercorot dalam ranking FIFA iaitu pasukan yang ke-210 sementara Liechtenstein berada tidak jauh di kedudukan ke-199 dunia.
Kali terakhir San Marino cipta kemenangan ialah pada bulan April 2004 menentang Liechtenstein dalam aksi perlawanan persahabatan.
San Marino ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan D dengan 3 mata disusuli dengan dua negara iaitu Liechtenstein dan Gibraltar.