Ads
Eropah
Newcastle United

Birmingham City akhirnya terpaksa melepaskan prospek masa depan kelab itu, Trevan Sanusi apabila pemian berusia 16 tahun itu dipancing kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.

Advertisements

Pemain skuad kebangsaan bawah 16 tahun England itu menjadi rebutan beberapa kelab di England. Pemain sayap itu belum membuat penampilan sulung seniornya tetapi berada di bangku simpanan Birmingham pada penghujung musim lalu.

Advertisements

Berita perpindahan Sanusi ke Newcastle United itu telah dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano dalam satu ciapan di laman X.

Advertisements

Advertisements

“Rasmi, selesai. Pemain sayap berbakat yang lahir pada 2007, Trevan Sanusi menyertai Newcastle dari Birmingham City.

“Newcastle memenangi perlumbaan untuk menandatangani Sanusi kerana lebih daripada lima kelab terlibat dalam perlumbaan itu,” coret wartawan itu di laman X milik beliau.

Advertisements
Advertisements

Sanusi dijangka akan memulakan kariernya di Newcastle dengan skuad bawah 18 tahun Newcastle yang bersaing di Liga Perdana Inggeris Bawah 18. Aksi Sanusi dijangka dapat disaksikan pada aksi Newcastle U18 menentang Leeds United U18 pada 16 September depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram