Sanusi: Kedah Negeri Miskin Bertanding Dengan Pasukan Kaya, Tetapi Pasukan Kaya Tidak Menang
Dunia
MALAYSIA DATELINE
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan bahawa beliau berasa besar hati selepas melihat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan Kedah Darul Aman FC menentang JDT pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

Para pemain Kedah dilihat mempamerkan corak permainan yang cemerlang ketika menentang pasukan Johor Darul Ta’zim kerana sudah dalam jangkaan Datuk Seri Sanusi Kedah akan menang. Namun dalam hal ini sudah tentu strategi permainan dan kredibiliti yang ditunjukkan pemain JDT sukar untuk dibolosi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kedah walaupun seri malam tadi, saya hadir ke Stadium Darul Aman, memang jangka Kedah balun JDT, ternyata JDT bukan lawan calang-calang dan kita mengakui kehebatan mereka.” Jelas beliau kepada Berita Harian.

Advertisements

“Kedah walaupun negeri miskin bertanding dengan pasukan kaya, tetapi pasukan kaya tidak menang, walaupun miskin tetapi semangat juang kita tinggi,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Muhammad Sanusi menjelaskan bahawa pihak pengurusan Kedah telah membayar gaji para pemain. Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun ini sahaja, KDA FC telah membayar sebanyak 21 Juta untuk melangsaikan isu gaji ini.

Namun, Kedah Darul Aman FC mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi ini di Stadium Sultan Ibrahim bertemu JDT pada 18 November ini untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram