Sanusi Minta Pandangan Cheng Hoe Mengenai Aidil Sharin
Dunia
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor ambil maklum mengenai prestasi tidak menentu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super.

Bukan saja tidak konsisten dalam saingan Liga Super tetapi mereka juga sudah tersingkir dari saingan Piala FA selepas ditewaskan Terengganu FC pada 6 Julai lalu. Namun begitu, Sanusi berpendapat pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak perlu diberikan masa untuk memperbaiki pasukan.

Sanusi telah meminta pendapat daripada bekas jurulatih Kedah dan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengenai kesukaran yang dihadapi Aidil musim ini.

Advertisements

“Jadi saya tanya Tan Cheng Hoe, orang yang berpengalaman. Beliau berkata pertukaran ramai pemain (musim ini) sangat memberi kesan (kepada Aidil). Ianya akan mengambil masa untuk Aidil susun taktikal berdasarkan keupayaan tiap-tiap seorang pemain.

“Nak serasikan pemain lama dan pemain baharu memang ambil masa,” jelas Sanusi kepada RTM.

Untuk rekod, KDA FC berjaya menyerlah musim ini selepas berjaya layak ke pusingan kalah mati Piala AFC yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Ogos hadapan. Selepas pulang dari Piala AFC, mereka telah tewas 3 daripada 4 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram