Sarach Yooyen Mahu Kecewakan JDT Di SSI
ACL
BG Pathum United
Advertisements

Walaupun kedua-dua pasukan tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini, namun BG Pathum United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap menganggap perlawanan terakhir Kumpulan I itu sebagai aksi penting.

Kapten BG Pathum yang merupakan pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen melaungkan keyakinan buat beliau dan rakan-rakannya untuk menewaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim petang ini.

Ini kerana, BG Pathum masih belum memperolehi sebarang mata selepas lima perlawanan Liga Juara-JUara AFC yang dilalui. Jadi, perlawanan menentang JDT ini adalah peluang terakhir buat mereka memungut mata di pentas asia.

Advertisements

“Saingan ACL musim ini buat kami adalah sangat mengecewakan yang mana kami gagal memungut sebarang mata sehingga kini.

“Jadi ini adalah peluang terakhir kami untuk memungut beberapa mata. Kami telah bersedia dengan baik untuk perlawanan ini dan akan bermain mengikut pelan permainan kami.

“Kami berharap esok adalah perlawanan yang baik untuk kami. Jauh di lubuk hati kami memerhati sekurang-kurangnya mengutip satu mata ataupun tiga mata.

Advertisements

“Kami tahu JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia dan sangat dominan musim ini. Kami perlu bekerja keras dan beraksi dengan baik jika kami mahu membawa pulang tiga mata,” jelas Sarach Yooyen dalam sesi media pra-perlawanan semalam.

JDT dan BG Pathum kini menghuni dua tangga terbawah kumpulan I. Walaupun JDT berjaya merekodkan dua kemenangan namun ianya masih belum cukup buat mereka layak ke peringkat 16 terakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram