Sasaran Awal Malaysian University Tercapai
UltraSukan
Azri/MakanBola
Sponsors

Malaysian University bersyukur berjaya mencapai salah satu sasaran mereka bagi musim ini selepas menjulang Piala Sumbangsih MHL wanita 2024.

Menurut ketua jurulatih Malaysian University, Lailin Abu Hassan, beliau berbangga dengan persembahan anak buahnya itu sehingga berjaya mencapai sasaran piala.

Ad

“Alhamdulillah, pemain telah berikan satu persembahan yang baik pada hari ini (semalam) dan mereka telah capai apa yg kita inginkan”, kata beliau.

Ad

Beliau juga berharap para pemainnya terus bekerja keras untuk mendapatkan baki piala yang akan dipertandingkan bagi musim ini.

“Saya berharap mereka akan bersungguh-sungguh lagi untuk mendapatkan piala kedua yang kita idam-idamkan iaitu piala liga (Liga Hoki Malaysia Wanita) dan juga untuk keseluruhan”, ujar beliau lagi.

Ad

Tambah beliau lagi, kejayaan ini bukanlah mudah memandangkan lawannya itu, Negeri Sembilan dibimbing oleh ‘mentor’ beliau sendiri.

Ad

“Saya dengan K. Rajan (jurulatih Negeri Sembilan) kenal lama,(dia) saya punya jurulatih dulu, dia tahu semua percaturan saya”, katanya selepas perlawanan.

Di aksi Piala Sumbangsih MHL wanita semalam, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sehingga tamat masa permainan dengan dua gol Negeri Sembilan disumbang Anith Humaira manakala gol Malaysian University masing-masing dijaringkan oleh Iren Hussin dan Siti Nor Arfah.

Pada penentuan penalty shootout, Malaysian University berjaya mengesahkan kemenangan dengan skor 3-0.