Advertisement
Sasaran Kelantan Musim Hadapan Realistik
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan FC

Menjadi naib juara Liga Premier musim ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat pasukan Kelantan FC namun aksi mereka musim hadapan adalah lebih mencabar kerana bakal beraksi di Liga Super.

Baru-baru ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham telah ditanyakan satu soalan oleh peminat berkenaan sasaran yang diletakkan oleh pengurusan bagi saingan musim hadapan.

Zamsaham sendiri telah membalas pertanyaan tersebut dengan mendedahkan bahawa sasaran Kelantan musim hadapan adalah sekurang-kurangnya berada di sepuluh tempat teratas Liga Super.

sasaran kelantan Sasaran Kelantan Musim Hadapan Realistik
Sasaran musim hadapan yang didedahkan Zamsaham.

Sasaran yang ditetapkan itu telah disokong oleh segelintir penyokong Kelantan namun dalam masa yang sama mereka berharap agar Zamsaham berjaya mendapatkan pemain import yang murah dan berkualiti supaya dapat memberi saingan lebih hebat musim hadapan.

Pada musim ini, Kelantan menunjukkan prestasi yang baik dengan sentiasa berada di kedudukan teratas Liga Premier namun kedudukan tersebut berubah dalam beberapa perlawanan terakhir selepas dipintas Johor Darul Ta’zim II (JDT II).