Advertisement
Satu Demi Satu ‘Angkat Kaki’ Dari Kedah
Transfer
MakanBola
KDA FC

Satu demi satu watak penting telah membuat keputusan untuk meninggalkan Kedah Darul Aman.

Sang Kenari beraksi dengan cukup cemerlang apabila berjaya melakar kemenangan pertama pada pusingan 16 terakhir Piala Malaysia menentang KL City FC.

Tamparan hebat bermula pada jendela perpindahan kedua tempoh hari apabila kapten pasukan, Habib Haroon memilih untuk meninggalkan pasukan.

Tonggak berusia 24 tahun itu berhijrah ke kelab Bahrain, Sitra SC dan menjadi tunjang utama pasukan di sana.

Penghijrahan itu disusuli dengan pemergian dua penjaga gol utama Kedah, Kalamullah Al-Hafiz dan juga Fikri Che Soh yang menyertai pesaing Liga Super.

Kalamullah kini memperkuat cabaran Selangor FC yang memburu kejuaraan liga dan Asia manakala Fikri pulang ke kelab lamanya iaitu Kelantan Darul Naim.

Terbaru, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman iaitu Nafuzi Zain secara rasminya memilih untuk meninggalkan Sang Kenari selepas menumpaskan The City Boys.

Jurulatih berusia 46 tahun itu bersama Kedah selama dua musim namun memilih untuk membawa haluan baharu.

Khabar terbaru menyaksikan kapten Kedah, Sony Norde dilaporkan individu terbaru yang bakal meninggalkan pasukan utara tanah air itu.

Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan mendapat tawaran dari kelab Liga 1 Indonesia namun masih menunggu pengesahan rasmi.

Kedah Darul Aman bakal berdepan KL City pada aksi kedua pusingan 16 terakhir pada 1 Disember jam 9 malam di Cheras.