“Satu Peratus Pun Tak Dapat Apa Yang Selesai?”
Liga Super
MakanBola
Advertisements

Isu yang melanda kem Kelantan FC dilihat tidak menemui titik noktah selepas para pemain kembali bersuara untuk mempertahankan hak masing-masing.

Baru-baru ini, tular kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid yang memaklumkan bahawa gaji para pemain The Red Warriors sudah hampir 90 peratus selesai.

“Kami telah berusaha sehabis maksimum dan apa jua kami serahkan kepada FIB untuk menilainya.”

Advertisements

“Harapan kami, mereka menerima usaha kami. “Kami juga akur dengan permintaan FIB dan jika kedua-dua pihak boleh menerimanya, Insya-Allah lesen akan dapat kembali kepada Kelantan FC,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perkara ini dilihat mendapat respon daripada para pemain di laman sosial dengan rata-rata menyuarakan isi hati secara terbuka.

“Satu peratus pun tak dapat lagi apa yang selesai.”

Advertisements

“Selesai celah mana,” ujar pemain Kelantan memetik tangkap layar laman Berita Bola Kelantan.

Sebelum ini, Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah memutuskan untuk menggantung Lesen Kebangsaan TRW Kelantan FC.

“FIB mengarahkan Kelantan FC untuk menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.”

Advertisements

“Namun setelah tarikh akhir 15 November 2023, pihak FIB tidak menerima sebarang bukti bayaran ataupun persetujuan bersama permain dan pegawai sebaliknya hanya menerima rayuan lanjutan masa,” jelas MFL.

Sekiranya Kelantan FC telah menyelesaikan langkah pertama, pasukan masih perlu menyelesaikan langkah kedua untuk menerima Lesen Kebangsaan.

Namun begitu, jika gagal di peringkat langkah pertama, Kelantan FC secara automatik tidak akan menerima Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram