“Saya Bertanggungjawab Atas Apa Terjadi Di Kelantan” -Ahmad Muzakkir
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

CEO Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid mengakui bertanggungjawab atas prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu musim ini.

Musim 2023 menyaksikan pelbagai rekod baru dilakar The Red Warriors dalam saingan liga termasuk dibolosi 102 kali.

Musim ini turut menyaksikan Kelantan mengalami kekalahan besar dalam semua kejohanan termasuk Liga Super dan Piala Malaysia.

Advertisements

Justeru, Muzakkir bersedia melakukan yang terbaik untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan itu yang pernah dirasai satu ketika dahulu.

“Bagi saya, ini satu maruah buat bola sepak Kelantan juga. Sudah semestinya saya sebagai anak Kelantan ingin melihat Kelantan kembali bersaing dalam Liga Super di masa akan datang.

Advertisements

“Semestinya ini menjadi keutamaan saya seawal saya dilantik dan saya bertanggungjawab ke atas pasukan Kelantan FC ini. Saya akan lihat benda ini dan Insya Allah ia akan selesai,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena.

Ketika ini fokus The Red Warriors ialah mendapatkan lesen untuk bersaing dalam Liga Super pada musim hadapan.

Advertisements

Bagaimanapun, First Instance Body (FIB) mengumumkan lesen kebangsaan skuad Kijang untuk musim 2024-2025 digantung.

Ini selepas pengurusan Kelantan gagal menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos sehingga tarikh tutup yang ditetapkan oleh FIB.

Advertisements

Justeru, Kelantan diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk menyerahkan bukti bayaran tersebut.

Sekiranya gagal, mereka akan beraksi dalam saingan Liga M3 – satu senario yang cuba dielakkan Muzakkir.

“Pihak kita berusaha untuk menyelesaikan apa yang diminta oleh FIB. Kerana itu adalah satu syarat untuk kita mendapat pelesenan.

“Jadi, bagi saya ini bukan satu perkara yang bermasalah di pihak kita kerana kita akan patuhi apa peraturan yang mereka tetapkan,” tambahnya.

Kelantan baru-baru ini tewas 7-0 kepada Sabah FC dalam aksi terbaru liga pada 20 November lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram