Ads
Dunia

Safawi Rasid yang sebelum ini menjadikan bekas pemain Portimonense sebagai sumber inspirasinya menyatakan beliau mahu peminat mengenalinya sebagai seorang penyerang versatile.

Advertisements

Sebagai seorang pemain kebangsaan, Safawi telah bermain sebanyak 27 perlawanan dan menjaringkan 10 gol bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Selain itu Safawi juga menjuarai kejuaraan Liga Super sebanyak empat kali, dua kejuaraan Piala Malaysia bersama JDT.

Advertisements

Advertisements

“Saya akan bawa prestasi semasa dan pengalaman saya di Malaysia ke Portugal,” jelas Safawi.

“Peyokong Portimonense tidak mengenali saya. Saya ingin tunjukkan kepada mereka bahawa saya adalah seorang penyerang yang mampu bermain disetiap posisi serangan.”

Advertisements

“Saya juga gemar bermain permainan pantas. Jika saya bermain sebagai penyerang tunggal sekalipun saya tetap akan buktikan kemampuan saya.”

Safawi juga berharap dapat mengikuti kejayaan bekas pemain Portimonense sebelum ini yang kini bermain bersama kelab besar di Portugal seperti Bruno Tabata dan Shoya Nakajima.

“Saya akan berikan segalanya untuk berada ditahap pemain seperti tabata dan Nakajima.”

Setelah menjalani ujian kesihatan dan Covid-19, Safawi terus bersama pasukan utama kelab Portugal berkenaan dalam sesi latihan harian.

Baca: Sesi Latihan Pertama Safawi di Portugal

Selepas 3 perlawanan Primeira Liga, Portmonense kini berada di tangga ke-16 liga daripada 18 pasukan setelah tewas dua perlawanan sebelum ini.

Advertisements

Kemasukan Safawi ke Portimonense dilihat sebagai solusi bahagian serangan kelab yang kelihatan longlai di awal perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram