Advertising
“Saya Baru Ambil Dari KAFA 3 Tahun, Bukannya 30 Tahun” – Zamsaham
MakanBola
Berita Harian

Walaupun menjadi mangsa kecaman sejak beberapa hari yang lalu, namun pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham tetap ambil peduli tentang apa yang diperkatakan penyokong bola sepak Malaysia khususnya penyokong setia Kelantan FC.

Semalam telah tular foto yang memaparkan tahap kualiti padang yang dilihat agak teruk. Rata-rata penyokong Kelantan terkejut dengan apa yang dipaparkan itu. Zamsaham yang peka dengan isu tersebut, pantas menjelaskan apa yang terjadi.

Ad

Umum mengetahui bahawa, pasukan Kelantan masih tiada padang latihan sendiri dan mereka hanya menyewa padang latihan di Kelantan. Sebelum ini, Zamsaham membayangkan akan membina pusat latihan Kelantan sendiri dan beliau mohon diberikan masa.

Ad

“Tak perlulah nak burukkan pasukan Kelantan FC, saya tahu TRW belum ada padang latihan. Saya baru ambil dari KAFA 3 tahun lepas dan bukannya 30 tahun. Hanya Allah ja tahu betapa susahnya nak build up TRW ni semula. But dont worry, berikan saya masa InshaAllah apa saya cakap saya akan buat. Mohon doa & sabar,” luah Zamsaham di laman Facebook rasmi beliau.

Untuk rekod, pada bulan lalu, Zamsaham membayangkan bahawa Kelantan FC akan memiliki padang latihan sendiri sekurang-kurangnya sebelum tahun 2025. Melihat kepada perkara tersebut, sudah tentu Zamsaham sanggup lakukan apa sahaja demi kemajuan pasukan Kelantan.

Ad