Advertisements
“Saya Kena Berterima Kasih Setiap Hari Kepada De Gea”
Eropah
MakanBola
ACF Fiorentina

Pengurus ACF Forentina, Raffaele Palladino merasakan dirinya perlu mengucapkan terima kasih setiap hari kepada penjaga golnya, David de Gea dek kerana kehebatan pemain itu dalam mempertahankan gawang Fiorentina daripada dibolosi.

Palladino menganggap De Gea masih mempunyai kualiti sebagai penjaga gol terbaik di dunia walaupun sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif.

“Percayalah saya. Dia (De Gea) masih seperti raksasa. Dia terbaik, pemain berkelas dunia. Kita boleh lihat mengapa dia seorang juara yang sebenar.

“Kita harus berterima kasih kepadanya setiap hari, dia penjaga gol terbaik dan teladan kepada pasukan ini,” jelas Palladino seperti yang dilaporkan Mirror.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu melalui beberapa detik yang sukar, terpaksa berlatih sendiri selama lebih setahun sebelum Fiorentina memberinya tempat di dalam pasukan. Selepas permulaan yang perlahan, De Gea kini telah menemui sentuhannya di Florence dan dipuji banyak pihak.

De Gea wira dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas Genoa pada Khamis sekali gus menaikkan kelab itu ke tangga keempat jika Serie A.

Kehebatan De Gea itu muncul tidak lama selepas dia turut menyelamatkan dua sepakan penalti dalam kemenangan 2-1 ke atas gergasi Itali, AC Milan bulan lepas.

Dengan kemenjadian prestasi De Gea di Fiorentina, tidak mustahil namanya akan dipanggil semula ke kem skuad kebangsaan Sepanyol yang kini dibimbing Luis de la Fuente.