‘Saya Keturunan Johor’ Bintang Liverpool Tampil Beri Penjelasan
MakanBola
Liverpool FC

Bintang meningkat naik Liverpool FC tampil mendedahkan susur galur keturunannya yang berasal dari Johor.

Baru-baru ini, tular khabar mengenai kelibat seorang pemain yang kini mneyarung jersi Liverpool FC – difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Beliau telah pun tampil bersama pasukan kebangsaan Wales B-17 dalam beberapa aksi termasuklah tampil begitu cemerlang pada Kejohanan Pembangunan UEFA menentang Albania dan menjadi pemain terbaik perlawanan (MOTM).

Pemain yang dimaksudkan adalah tonggak berusia 16 tahun, Amber Low yang kini beraksi buat Akademi Bola Sepak Wanita Liverpool FC.

Tonggak tengah berbakat besar ini telah mengesahkan susur galurnya kepada laman Women Football Malaysia bahawa ibu bapanya berasal dari Johor.

“Ya benar, kedua ibu bapa saya berasal dari Johor,” ujar Low kepada laman tersebut.

Beliau pernah beraksi bersama Akademi Bola Sepak Utara Wales dan kini memiliki dua peluang, sama ada mewakili pasukan kebangsaan Wales atau Malaysia.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung usaha mendapatkan pemain ini bagi menyarung jersi kebangsaan.