“Saya Mahu Balas Budi Sri Pahang” – Sergio Aguero
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Musim 2023 menyaksikan Sri Pahang cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini. Bagi penyerang Tok Gajah, Sergio Aguero, ia dilihat cara terbaik membalas budi pasukannya yang banyak membantu pada musim lepas termasuk mendapatkan status warganegara Malaysia.

Musim lepas, Aguero tidak dapat beraksi untuk tempoh lama bersama Sri Pahang sementara menunggu proses kewarganegaraannya diluluskan. Tetapi setelah ia diluluskan, penyerang berdarah Argentina itu tidak menghampakan dengan membantu Malaysia ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Dan musim ini di bawah bimbingan bekas jurulatih Singapura, Fandi Ahmad, Aguero membantu Sri Pahang dengan satu gol dan satu bantuan gol. Tetapi bekas penyerang Melaka United itu percaya dia boleh memberi lebih banyak sumbangan kepada Tok Gajah musim ini.

Advertisements

“(Sri) Pahang banyak membantu saya, mereka melakukan banyak benda untuk saya. Mereka berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan saya di sini dan juga berusaha untuk saya bermain pada musim lepas tetapi saya tidak dibenarkan.

“Mereka memang banyak tolong saya dan saya nak balas balik (budi) kepada mereka,” katanya bila ditemubual Malaysian Football League hari ini.

Aguero yang juga kapten Sri Pahang menyifatkan pengalaman beraksi bersama Harimau Malaya sebagai satu pengalaman yang sukar dilupakan. Ini kerana beraksi bersama pasukan kebangsaan merupakan satu penghormatan dan dia berusaha melakukan yang terbaik setiap kali menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisements

Selain itu, Aguero turut menghargai penerimaan para penyokong terhadapnya setiap kali turun beraksi buat pasukan yang dibimbing Kim Pan-gon itu.

“Ia merupakan pengalaman yang bagus bermain untuk Malaysia, untuk negara saya dan sudah tentu tiada yang berbeza. Penyokong juga sama sahaja daripada dulu sampai sekarang, ianya sangat bagus,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram