“Pemain Tempatan Harus Setanding Pemain Import” – Arif Aiman
ACL
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap lincah, Arif Aiman mahu JDT memberikan aksi terbaik menentang gergasi Thailand, BG Pathum United menjelang aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) esok hari.

“Bagi saya, esok adalah perlawanan yang penting buat JDT. Kami tahu kami sudah tidak layak ke peringkat seterusnya namun perlawanan esok sukar kerana BG Pathum adalah pasukan yang kuat dari Thailand.” Ujar Arif Aiman.

“Jadi kami harus bersedia untuk perlawanan esok untuk membuktikan pasukan dari Malaysia mampu menandingi pasukan besar dari Thailand.” Katanya pada sesi sidang media pra perlawanan sebentar tadi.

Advertisements

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 itu juga mahu melihat lebih ramai pemain tempatan bersaing di kejohanan ACL kelak.

“Saya mahu meletakkan mutu pemain tempatan adalah bermain di ACL kerana saya mahu melihat pemain tempatan setaraf dengan pemain luar dan pemain import.” Tambahnya lagi.

Sewaktu ditanya tentang persediaan untuk perlawanan esok, Arif Aiman kekal optimis dengan kemampuan JDT menentang BG Pathum.

Advertisements

“Setiap perlawanan adalah sesuatu yang baru buat saya. Setiap perlawanan kami akan mempersiapkan motivasi dan mentaliti. Bagi saya yang penting adalah mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan besar bertemu kelab hebat seperti BG Pathum.”

“Saya tahu esok bakal menjadi perlawanan yang sukar kerana mereka (BG Pathum) sudah melihat bagaimana saya bermain. Namun saya tetap akan memberikan 100% untuk perlawanan esok dan tidak terlalu memikirkannya.”

“Tidak kira siapapun, siapa-siapa boleh menjaringkan gol namun yang penting kami memenangi perlawanan esok.” Jawab Arif Aiman lagi.

Advertisements

Arif Aiman kini antara tonggak penting JDT bagi musim ini dalam kancah ACL apabila menjaringkan 2 gol dan 1 bantuan jaringan dalam 5 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram