Fandi Ahmad masih lagi mencari kesebelasan utama ideal beliau walaupun Sri Pahang sudah memulakan aksi pertama Liga Super menentang Kelantan Darul Naim.
Sri Pahang berjaya meraih kemenangan pertama hasil jaringan pemain lincah, Manuel Hidalgo menerusi situasi sepakan percuma.
“Ya saya masih bereksperimen kerana tahun ini kita tak dapat main dengan pasukan-pasukan yang lebih tinggi seperti tahun lalu kita lawan 4 pasukan Korea di Bangkok.”
“Waktu bulan puasa tempoh hari susah nak aturkan lawan dan tempat untuk bermain. Jadi kita harus main di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) melawan pasukan tempatan. Formasi kita kurang jadi kita terpaksa lakukan penggiliran pemain.”
“Kemenangan pertama Sri Pahang, Alhamdulillah para pemain telah berikan yang terbaik.” ujar Fandi Ahmad selepas tamat perlawanan.
Sri Pahang kini meraih 3 mata pertama bersama-sama JDT dan Terengganu dalam aksi pertama Liga Super dan skuad Tok Gajah seterusnya akan menentang Kuching City di Stadium Sarawak pada 19 Mei.