“Saya Penat Dengan Bola Sepak Malaysia”- Azraai Khor
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah ada sebab tersendiri mengapa beliau masih belum mahu melatih mana-mana pasukan buat masa ini selepas meninggalkan pasukan Negeri Sembilan pada 2018.

Azraai hanya sempat menjadi jurulatih Negeri Sembilan untuk tempoh tiga bulan sahaja sebelum kontrak beliau dengan pasukan itu ditamatkan. Insiden tersebut dikatakan menjadi punca utama mengapa beliau bersara dari bola sepak.

“Saya penat dengan bola sepak Malaysia. Selepas insiden dengan Negeri Sembilan, saya ambil keputusan sudah sampai masa saya bersara daripada bola sepak khususnya Liga Malaysia (Liga-M).

Advertisements

“Apa yang buat saya terkilan ialah melayan karenah pengurusan pasukan, bagi saya kebanyakan pasukan lebih kurang saja… tengoklah macam-macam insiden lagi-lagi di penghujung musim ini, bagi kontrak saat akhir, kontrak separuh jalan dan macam-macam lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Walaupun sudah empat tahun berehat daripada melatih mana-mana pasukan, namun sehingga kini jurulatih berusia 70 tahun itu masih mendapat tawaran untuk melatih pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

Ketika membimbing Negeri Sembilan, Azraai sempat melalui lima perlawanan Liga Super yang mana menyaksikan tiada kemenangan berjaya dicatatkan dengan hanya dua keputusan seri. Melihat kepada prestasi kurang memuaskan ketika itu, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bertindak menamatkan kontrak Azraai.

Advertisements

Untuk rekod, selain pernah membimbing Kedah dan Negeri Sembilan, Azraai juga pernah melatih pasukan Perak, T-Team, Kelantan, Sabah dan Harimau Muda A.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram