“Saya Perlu Rebut Peluang Demi Masa Depan” – Azri Ghani
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Dengan kecederaan yang menimpa penjaga gol utama KL City, Kevin Ray Mendoza, ini membuka peluang buat penjaga gol Azri Ghani untuk merebut kedudukan tersebut. Dengan merebut peluang yang ada, dia mahu membuktikan bahawa dia mampu menjadi penjaga gol utama City Boys pada masa hadapan.

Dan malam tadi, Azri menunjukkan kemampuannya dengan memastikan gawang KL City tidak dibolosi barisan penyerang Sabah. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan sulung City Boys dalam liga menerusi T. Saravanan (minit ke-15) dan Sean Giannelli (minit ke-95).

Kemenangan ini bukan saja menyuntik keyakinan kepada anak-anak buah Bojan Hodak untuk mendaki kedudukan liga. Malah, ia juga memberi keyakinan kepada Azri untuk meneruskan persembahan cemerlangnya dalam perlawanan seterusnya menentang Perak pada 10 April ini.

Advertisements

“Satu lagi peluang yang ‘coach’ (Bojan Hodak) bagi ini, kena guna betul-betullah. Sebab ini pun berkenaan masa depan saya. Selagi ada peluang ini, saya kena perbaiki apa yang kurang,” katanya kepada MakanBola semalam.

Selepas membuat kesilapan dengan memberi sepakan penalti kepada Selangor beberapa hari lepas, Azri menebusnya semula dengan memastikan gawang City Boys tidak dibolosi. Dan itu memberi kepuasan kepadanya dan rakan-rakan sepasukan untuk perlawanan menentang Perak selepas ini.

“Oh, amat puas hati. Beberapa ‘game’ yang kitorang (beri) ‘pressure’ kepada diri sendiri, malam ini kita bermain sebagai satu keluarga yang betul. (Kita) dapat berusaha dengan baik, kira lega sangat,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram