“Saya Sanggup Bayar Tiket Mahal Lihat Arif Aiman & Faisal Halim Beraksi” – B. Sathianathan
Liga Super
Johor Southern Tigers & Selangor
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan secara terbuka sanggup membayar harga tiket yang begitu mahal semata-mata mahu melihat bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi beraksi.

Beliau yang mengulas lanjut berkenaan kemenangan besar 5-0 Selangor ke atas Kuching City di gelanggang lawan itu menyatakan bahawa Faisal Halim dan juga Arif Aiman merupakan antara pemain yang wajar dijadikan contoh.

Revolusi dalam permainan Faisal juga pernah disebutkan oleh Sathianathan sebelum ini tatkala beliau menyifatkan bahawa Selangor beruntung untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Hal ini terbukti apabila The Red Giants berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut sambil impak pemain berusia 25 tahun itu terus ditagih oleh Tan Cheng Hoe.

Katanya, terdapat beberapa pemain yang sememangnya sedang berkembang maju.

Advertisements

“Saya sanggup bayar tiket kalau RM 50 sekalipun untuk melihat Faisal Halim beraksi.”

“Perkara ini sama juga dengan Arif Aiman, saya sanggup bayar tiket mahal untuk lihat beliau beraksi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Faisal memainkan peranan yang cukup penting apabila menyumbang dua bantuan gol sementara Arif Aiman meledak satu gol ketika membantu JDT menewaskan KL City.

Selangor akan berdepan Sri Pahang di Kelana Jaya manakala JDT akan berkunjung ke Paroi bertemu Negeri Sembilan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram