“Saya Sudah Selesai, Terpulang Kepada Pengurusan” – Baddrol Bakhtiar
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pemain yang juga ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak mahu terlalu memikirkan soal kontrak beliau dengan pasukan kerana bagi beliau kini adalah untuk membawa Sabah mara sejauh mungkin dalam saingan Piala Malaysia.

Baddrol kini serahkan segalanya buat pihak pengurusan untuk membuat keputusan mengenai kontrak beliau di Sabah.

“Mengenai kontrak saya di Sabah FC, saya sudah selesai. Jadi mungkin terpulang kepada pihak pengurusan. Sekarang ini saya hanya fokus untuk Piala Malaysia dan membawa pasukan Sabah FC sejauh mana yang mungkin,” luah Baddrol kepada Flash Sukan.

Advertisements

Bagi perlawanan kedua suku akhir esok menentang Kuching City, Baddrol akui pasukan Kuching City merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik. Walaupun sudah satu jaringan di hadapan selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama, para pemain Sabah akan menganggap perlawanan bermiula dengan 0-0.

“Kami akan anggap perlawanan pada malam esok adalah (seri) 0-0. Macam yang saya cakap sebelum ini, kami akan berikan yang sebaik mungkin dan kami akan menampilkan permainan yang menarik pada malam esok.

Advertisements

“Kami mengharapkan keputusan yang positif yang akan membawa kami mara ke pusingan separuh akhir nanti,” jelas Baddrol lagi.

Perlawanan suku akhir menemukan Sabah dan Kuching City dijadualkan berlangsung pada 8.15 malam esok dan bertempat di Stadium Likas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram