“Saya Tak Kenal Siapa Syihan”- TMJ
Dunia
hrhcrownprinceofjohor / nsfc1923
Advertisements

Desas-desus perpindahan penjaga gol Harimau Malaya dan Negeri Sembilan FC, Syihan Hazmi ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi tanda tanya. Tambahan pula majoriti pemain tempatan di JDT hampir semua dikekalkan musim hadapan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ menganggap musim hadapan, JDT hadir sebagai pasukan ‘underdog’ kerana tiada pelaburan besar yang dibuat untuk memantapkan pasukan jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain.

“Tahun 2023, JDT ‘underdog’. Kita tiada pelaburan dapatkan pemain baharu. Kalau ada pun cuma 2 ke 3 pemain baharu. Pasukan-pasukan lain meningkat dengan menguatkan lagi pasukan. JDT bukanlah pasukan untuk dicabar. JDT ‘underdog’,” jelas TMJ ketika ditemubual wartawan.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai kehadiran Syihan sebagai pemain baharu JDT musim hadapan, dengan nada bergurau, TMJ akui tidak mengenali siapa Syihan.

“Siapa? Saya tak kenal siapa Syihan,” kata TMJ dengan satu senyuman kepada para wartawan.

Syihan dikatakan semakin hampir menyertai JDT selepas mempamerkan aksi memukau dalam saingan Liga Malaysia musim ini selain aksi yang baik ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Pada musim ini, Syihan telah turun dalam kesemua perlawanan Negeri Sembilan dengan mengumpul lapan ‘cleansheet’.

Advertisements

Bersama skuad kebangsaan, Syihan sudah beraksi dalam tiga perlawanan di bawah kendalian Kim Pan-gon. Kini nama Syihan tersenarai untuk membawa nama Malaysia ke kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric dan aksi beliau pasti menjadi tumpuan ramai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram