“Saya Tak Mampu Berkata Apa-apa”, Mat Salleh Ini Rasai Sendiri Aura Kebangkitan Malaysia Di Stadium
Inspirasi
@thogden
Advertisements

Seorang youtuber terkenal dari Eropah menikmati momen luar biasa bersama penyokong Harimau Malaya sewaktu Malaysia mengikat Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Pemuda bernama Theo ini telah merakamkan suasana perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan dan terkejut dengan aksi dramatik yang terjadi dalam perlawanan terakhir kumpulan E tersebut.

Theo yang sebelum ini hadir menyaksikan dua perlawanan awal Korea Selatan memilih untuk berada ditempat duduk penyokong Harimau Malaya dalam perlawanan itu dan tanpa disedari beliau turut sama bersorak untuk Malaysia.

Advertisements

Malah youtuber ini turut mengakui perlawanan tersebut adalah perlawanan terbaik yang pernah dirinya saksikan sepanjang kejohanan Piala Asia 2023 berlangsung di Qatar.

Theo turut kagum dengan sokongan hebat penyokong Malaysia dalam perlawanan tersebut walaupun Malaysia sudah sah tersingkir dari Piala Asia.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa. Mereka mungkin tersingkir dalam beberapa minit lagi tetapi mereka menghargai perlawanan ini untuk diingati sepanjang hidup mereka. Saya tidak tahu penyokong Malaysia sehebat ini.”

Advertisements

“Ini adalah perlawanan terbaik di Piala Asia yang pernah saya saksikan. Kebangkitan terbaik dan penyokong ini tetap percaya dan terus menyanyi.” ujar Theo.

Video tersebut telah ditonton seramai 380,00 orang menerusi saluran Youtube miliknya bernama Thogden. Theo yang memiliki pengikut seramai 1.66 juta merupakan peminat bola sepak dan telah menjelajah pelbagai negar hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Anda boleh tonton video tersebut disini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram