“Saya Tak Nak Campur Operasi” – Zamsaham
Liga Super
Zamsaham
Advertisements

Temubual eksklusif Nadi Arena bersama pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham semalam menjawab pelbagai persoalan yang menyelubungi pasukan berkenaan. Ini termasuk dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam pemilihan pasukan seperti didakwa ejen bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik.

Sebagai pemilik The Red Warriors, beliau lebih suka memberi fokus kepada sisi kewangan dan perniagaan kelab. Dan atas sebab yang sama, Zamsaham memberi kepercayaan kepada barisan jurulatih pasukan diketuai Moon-sik ketika itu untuk mengendali pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun beberapa perlawanan persahabatan menunjukkan keputusan tidak memberangsangkan termasuk kekalahan 7-0 kepada Buriram United, beliau melihat itu sebagai asam garam pra-musim. Tetapi bila Kelantan dibadai prestasi buruk dalam liga hingga mengundang kecaman penyokong, Zamsaham terpaksa bertindak bagi menyelamatkan musim mereka.

Advertisements

“Pada saya, begini. Kita melihat pertama, yang kita kalah 7-0 dengan Buriram (United), kita ada tetapkan perlawanan dengan pasukan kuat (dan) sederhana kuat. Jadi daripada awal kita pantau, saya tengok saja, saya lepaskan. Saya tak kisah, saya tak nak campur kelab.

“Saya tak nak campur hal operasi. Sebab hal operasi amat memenatkan. Jadi buat apa saya nak pening kepala? Saya tahu saya nak menang. Sebagai pemilik kelab, ada orang cadangkan saya jurulatih ini bagus, kita ambil. Pemain ini bagus, kita ambil. Penjaga gol ini bagus, ambil. Saya tak nak tahu, saya tahu nak menang saja.

Advertisements

“Sebagai pemilik kelab, buat apa saya nak peningkan kepala? Saya dah bayar gaji berbelas ribu, berpuluh ribu lepas itu nak fikir pula, buat apa? Macam contoh, Astro syarikat besar. Maksudnya, buat apa nak tahu hal operasi? Kau selesaikan sendirilah.

“Yang aku tahu syarikat untung, hujung tahun syarikat tak untung, aku buang kaulah. Jadi, kalau dah kalah berderet dan penyokong maki saya, saya nak buat bodoh?” katanya kepada Nadi Arena.

Advertisements

Disebabkan apa yang berlaku, itu yang mendorong Zamsaham merehatkan Moon-sik dan melantik Frank Bernhardt sebagai jurulatih baru Kelantan. Lantikan ini diharap dapat menstabilkan semula pasukan dan membolehkan The Red Warriors memburu kedudukan 10 terbaik dalam liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram