“Saya Terhutang Budi Kepada Natxo Insa” – Hong Wan
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Hong Wan mengakui banyak terhutang budi dengan pemain tengah veteran Natxo Insa selepas menyertai pasukan itu.

Pemain tengah berdarah Sepanyol-Malaysia itu banyak membantu pemain muda berusia 22 tahun itu menyesuaikan diri bila tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada musim panas 2021.

Atas sebab itulah, Hong Wan mampu menjadi tonggak utama Harimau Selatan musim ini termasuk membantu JDT FC menewaskan KL City FC pada aksi final Piala FA 2023.

Advertisements

“Ianya amat bermakna daripada (Natxo Insa). Natxo banyak membantu saya semasa berada di sini. Saya fikir beliau tidak bernasib baik kerana bergelut dengan kecederaan musim ini.

“Beliau banyak menyokong saya. Jadi, mendapat sokongan daripadanya merupakan satu perkara yang hebat,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis selepas upacara penyampaian trofi Piala FA semalam.

Kejayaan menjulang Piala FA 2023 pastinya mahu diteruskan Hong Wan dan JDT FC apabila melayan kunjungan Selangor FC untuk aksi Liga Super berikutnya pada 29 Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram