Sean Selvaraj Tuntut Peluang Adil Di Sri Pahang
Liga Super
Nsfc1923
Advertisements

Tonggak baharu Sri Pahang FC, Sean Selvaraj berharap perpindahan beliau ke skuad Tok Gajah musim ini mampu memberikan dirinya peluang beraksi selepas tersisih banyak perlawanan bersama Negeri Sembilan FC musim lalu.

Bersama Negeri Sembilan musim lepas, Sean hanya membuat 14 penampilan sahaja secara keseluruhan dengan hanya 2 kali terpilih berada di kesebelasan utama skuad kendalian K. Devan.

Sean berharap musim baru ini akan menjadi lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya dan beliau berharap dapat belajar sesuatu daripada jurulatih, Fandi Ahmad.

Advertisements

“Harap boleh belajar sesuatu daripada Fandi, selepas pertemuan dengan beliau dan kongsikan perancangan. Berharap diberi peluang yang adil.

“Ini keputusan yang tidak disangka orang lain, harap kemunculan di Sri Pahang mampu lebih baik selepas kurang beraksi musim lalu selain dipalit kecederaan,” jelas Sean seperti dilaporkan Stadium Astro.

Sean yang mampu beraksi sebagai penyerang dan juga posisi sayap adalah muka baharu yang diperkenalkan Sri Pahang bagi menghadapi musim 2024/2025.

Advertisements

Selain Sean, beberapa pemain turut sah dibawa masuk seperti Adam Nor Azlin, Asnan Ahmad, Azfar Arif, Hasnul Zaim dan penyerang import dari Ukraine, Mykola Ahapov.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram