Sebastian Avanzini Akui Bojan Hodak Hanya Perlukan 30 Saat Pujuknya Sertai KL City
MakanBola
KL City

Pertahanan tengah KL City FC, Sebastian Avanzini berkongsi kisah bagaimana ketua jurulatih The City Boys, Bojan Hodak hanya memerlukan 5 minit untuk meyakinkannya agar berpindah ke KL City.

Menerusi satu temubual bersama The Tekkers, pemain kelahiran Itali ini sememangnya menjadi buruan pasukan yang berpangkalan di ibu kota itu pada awal musim.

Ad

Bekas pertahanan Hobro di Denmark itu menceritakan detik yang membuatkan beliau memilih untuk ke Malaysia.

Ad

Katanya, beliau mendapat panggilan daripada pengendali kelahiran Croatia itu sungguhpun beliau tidak mengenali siapa sebenarnya Bojan Hodak ketika itu.

Sebastian juga memaklumkan beliau hanya mengenali penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza kerana beliau merupakan sahabat lamanya.

Ad

“Ketika itu saya berada dalam bilik hotel di Sepanyol dan secara tiba-tiba saya mendapat panggilan secara tiba-tiba dari Bojan Hodak.”

Ad

“Pada mulanya saya bercakap hanya 30 saat kerana beliau (Bojan) sangat berterus terang dan saya pula merasakan bahawa ini adalah satu prank.”

Ad

Bojan dikatakan terus bertanyakan persetujuan kepada pemain ini untuk memastikan bahawa beliau berminat untuk ke KL City dan mahu menghubungkannya kepada Stanley Bernard bagi urusan perpindahan.

“Ketika itu saya perlu membuat keputusan kerana saya perlu berhubung dengan Stanley. 5 minit kemudian Stanley mengubungi saya bagi menandatangani pra kontrak,” jelasnya da lam temubual tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu kini menjadi tunjanh utama apabila beraksi sebanyak 9 perlawanan dan menjaringkan satu gol setakat ini sekaligus menjadi antara tunjang utama pasukan.