Sedih Lihat Nasib KV Kortrijk
Dunia
IG KV Kortrijk
Advertisements

Deretan perlawanan tanpa kemenangan yang dialami KV Kortrijk dalam saingan Liga Belgium ternyata telah membuatkan segelintir penyokong mereka hilang sabar. Ianya menjadi lebih parah apabila KV Kortrijk kini berada di zon penyingkiran.

Melihat kepada keputusan yang kurang baik sejak kebelakangan ini, para penyokong KV Kortrijk meninggalkan komen di laman Facebook rasmi kelab tersebut dengan harapan agar pihak pengurusan kelab buka mata seluasnya melihat situasi perit yang dialami pasukan.

Awal pagi tadi, KV Kortrijk mengalami satu lagi kekalahan selepas tewas kepada pasukan KV Oostende dengan keputusan 3-1. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan keempat daripada enam perlawanan terakhir mereka.

Advertisements

Selain gagal mencipta kemenangan dalam enam aksi terakhir, KV Kortrijk juga mencipta rekod buruk dari segi jumlah jaringan. Mereka hanya mengumpul 14 jaringan daripada 16 perlawanan yang dilalui di mana ianya merupakan jumlah jaringan terendah jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain di dalam liga.

Manakala buat Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi untuk KV Kortrijk, beliau tentunya memerlukan usaha yang luar biasa untuk memikat jurulatih agar diturunkan bersama skuad utama pada perlawanan akan datang.

Advertisements

Sehingga kini, Luqman sudah mengumpul satu penampilan bersama skuad utama musim ini. Beliau diturunkan dalam perlawanan menentang KVC Westerlo di mana beliau beraksi selama 2 minit. KV Kortrijk tewas 0-2 dalam perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram